PEMBANGUNAN MANUSIA
Matius Soboliem, S. Th.
Rajah 1: Dimensi
perkembangan manusia Kesemua dimensi di atas
Mambangun Manusia
adalah saling bergantung dan
menerangkan antara satu samalain. Sebagai contoh, perkembangan sosial boleh
dipengaruhi oleh kematanganbiologikal, kemampuan intelektual dan reaksi emosi.
Kemahiran kognitif pula misalnya,amat bergantung kepada kecerdasan fizikal,
kestabilan emosi dan pengalaman sosial.
Seorang remaja yang obes
FIZIKAL tidak dapat mengambil bahagian dalamsebarang acara sukan di sekolahnya.
Di dalam kelas dia juga kurang cekapmengikuti pelajaran KOGNITIF. Dengan
pencapaian akademik yang rendah diamerasa terpinggir SOSIAL. Oleh itu remaja
berkenaan sering murung keranaestim diri yang rendah EMOS dan tidak mempunyai ramai
kawan.
Seorang tua yang tinggal
berseorangan kerana kematian pasangan merasa sunyi EMOSI, dengan kesihatan yang
sering terganggu FIZIKAL dan sering ingat-ingat lupa KOGNITIF mendapati
sukar baginya untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling dan ahli keluarga
seperti masa mudanya SOSIAL.
PEMBANGUNAN MANUSIA
Coba anda fikirkan
contoh-contoh lain yang sesuai bagi menerangkan perspektif multi-dimensi dan
interdisiplinari.
1.3 Perspektif Sepanjang
Hayat
Manusia menjalani proses perkembangan di
sepanjang hayatnya bermula dari peringkatpra-lahir sehingga ke akhir hayat.
Walaupun terdapat beberapa aspek fizikal yangkelihatan terhenti seperti
pertumbuhan ketinggian, perkembangan dari segi perubahandan adaptasi adalah
berterusan di sepanjang hidup. Seseorang yang sentiasa sakitsemasa kecilnya
tidak mustahil untuk menjadi dewasa yang sihat. Kematangan emosi juga
meningkat dengan bertambahnya usia seseorang, begitu juga dengan
pengalamansosialisasi individu yang berlangsung di sepanjang hayatnya
1.4 Perspektif Herediti
dan Persekitaran
Perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor
herediti seperti pengaruh genetik dan juga faktor persekitaran. Konsep
“natur lwn. nurtur” ini menekankan kepadakepentingan faktor baka dan pengaruh
persekitaran dalam membentuk perkembanganmanusia. Kedua-dua faktor adalah
penting dalam mempastikan manusia berkembangmengikut potensi dan fitrah
kejadiannya.
1.5 Perspektif
Kelangsungan dan bukan kelangsungan
Ahli psikologi berpendapat bahawa wujud beberapa
elemen dalam kehidupan manusiayang berlaku secara langsung dan berterusan
mengikut peningkatan usia seseorang.Ada juga berpendapat bahawa wujud
tahap-tahap tertentu di mana individu mencapaifasa pertumbuhan dan perkembangan
tertentu sebelum dapat berkembang ke tahapseterusnya. Perspektif ini amat
berkaitrapat dengan pengaruh herediti dan persekitaranke atas perkembangan
manusia.
1.6 Perspektif
Kumulatif
Kehidupan manusia boleh dipengaruhi oleh
pengalaman awal dalam kehidupannya.Pengalaman awal yang dilalui oleh individu
dianggap akan terkumpul dan memberi impakkepada pengalaman kehidupan
selanjutnya. Walau bagaimanapun pelbagai faktor bolehmempengaruhi pencapaian
semasa seseorang dalam hidup dan bukan semata-mataberasaskan pengalaman lampau
sahaja.
1.7 Perspektif
Kestabilan dan Perubahan
Manusia dijangkakan boleh mengalami perubahan
atau kekal dalam pelbagai aspekperkembangan hidupnya. Sebagai contoh, seorang
remaja yang liar dan lemahpencapaian akademiknya berkemungkinan menjadi dewasa
yang matang danbertanggungjawab ataupun sebaliknya. Hasil beberapa kajian yang
telah dijalankanmenunjukkan bahawa terdapat pelbagai faktor dalam persekitaran
yang bolehmempengaruhi sama ada personaliti individu kekal atau berubah pada
setiap tahapkehidupannya.
1.8 Perspektif
Kepelbagaian
Dalam kehidupan manusia mengalami kepelbagaian
dalam pertumbuhan danperkembangan di sepanjang hayatnya. Seorang kanak-kanak
yang sedang mengalamitransisi ke alam remaja kelihatan besar dari segi fizikal
tetapi mungkin masih mempunyai
PEMBANGUNAN MANUSIA
pemikiran dan emosi
seperti seorang kanak-kanak kecil. Kecelaruan akibat kepelbagaianini kadangkala
mengelirukan orang lain seperti ibubapa yang mengharapkan kanak-kanaktersebut
bertingkahlaku sebagai seorang remaja.
1.9 Perspektif Kitaran
dan Ulangan
Penyesuaian berlaku dalam banyak aspek
kehidupan. Kadangkala ia berulang padatahap kitaran hidup tertentu. Misalnya,
krisis identiti yang sering melanda pada zamanremaja mungkin berulang di peringkat
umur pertengahan. Kitaran dan ulangan ini bolehberbeza antara individu dan
dipengaruhi oleh konteks budaya dan persekitaran yangberlainan.
1.10 Perspektif
Perbezaan Individu
Individu boleh berbeza dari segi masa dan kadar
perkembangan. Misalnya ketinggian danberat badan yang berbeza; kemampuan
kognitif, kestabilan emosi dan kematanganpersonaliti. Perbezaan boleh juga
wujud dari segi kemahiran sosial dan gayahidup.Lazimnya, ciri umum dijadikan
indikator bandingan dalam melihat tahap perkembanganindividu. Ciri umum ini
biasanya ditentukan berdasarkan nilai purata. Namun, nilaipurata tidak
mengambilkira julat perbezaan yang wujud antara satu individu denganindividu
yang lain. Sebagai contoh, purata berat badan bayi baru lahir ialah 3.3
kilogram.Angka ini tidak menggambarkan berapa ramai yang lahir dengan berat
badan yangsangat rendah dari nilai purata ini.
1.11 Perspektif
Perbezaan Budaya
Perbezaan budaya memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan individu.Sebagai contoh, di Malaysia umur pada kali pertama
berkahwin bagi wanita Melayu padasuatu masa dahulu adalah di bawah 18 tahun,
berbanding dengan wanita Cina dan Indiayang berkahwin kali pertama pada usia
yang lebih lewat. Budaya juga menetapkanstatus yang istimewa kepada mereka yang
berkahwin walaupun berusia mudaberbanding dengan mereka yang belum berkahwin
tetapi telah lewat usia.
1.12 Perspektif Pengaruh
Resiprokal
Perspektif tindakbalas dua hala ini melihat
bagaimana saling tindak antara individu bolehmempengaruhi perkembangan
seseorang. Pengaruh orang dewasa dan persekitaran keatas perkembangan
kanak-kanak adalah tidak dinafikan. Walau bagaimanapun kajiantelah membuktikan
bahawa perbezaan pelbagai ciri yang ada pada kanak-kanak bolehmempengaruhi
interaksi orang dewasa dengan mereka. Sebagai contoh, bayi yangcomel dan tidak
merengek lebih digemari oleh orang dewasa di sekelilingnya yangseterusnya akan
memberikan reaksi mesra dan positif. Sebaliknya, seorang kanak-kanaknakal yang
sukar dibentuk akan menjadikan dewasa di sekelilingnya bertindak garangdan
menolak kehadiran kanak-kanak tersebut.
1.13 KESIMPULAN
Unit satu telah
membentangkan tentang falsafah pembangunan manusia sebagaiasas untuk memahami
proses yang dilalui oleh manusia dari awal kejadiansehingga ke akhir hayat.
Konsep insan dan manusia
diterangkan pada awal unit di mana insan merujukmanusia sejagat yang hidup
dalam persekitarannya.
Terdapat 11 perspektif
yang melihat manusia sebagai insan yang berkembangmengikut konsep-konsep yang
tersendiri.
Perkembangan manusia
dilihat sebagai meliputi pelbagai dimensi (fizikal, kognitif,emosi dan sosial),
berlangsung sepanjang hayat secara berterusan, salingmempengaruhi antara satu
sama lain.
PEMBANGUNAN MANUSIA
Perkembangan manusia
juga dianggap dipengaruhi oleh pengaruh baka danasuhan, serta budaya di samping
itu terdapat perkembangan yang berulangataupun berlangsung dalam kitaran.
Latihan
1. Senaraikan ciri
perkembangan umum yang dilalui oleh seorang kanak-kanaktadika dan seorang
dewasa berusia 60 tahun mengikut dimensi perkembanganfizikal, kognitif, emosi
dan sosial yang telah anda pelajari.Kanak-kanak tadika:Orang dewasa berumur 60
tahun: 2. Huraikan bagaimana seorang remaja boleh saling berhubung
denganpersekitarannya. [Untuk menjawab soalan ini anda perlu
menelitiperspektif-perspektif yang telah dipelajari].
PEMBANGUNAN MANUSIA
Unit 2
Pembangunan Manusia
dalam Konteks Ekologikal
Pengenalan
Unit ini akan
memperkenalkan pendekatan ekologi manusia dalam mengkaji pembangunan insan.
Pendekatan ekologikal melihat bahawa manusia tidak wujud dalamvakum. Setiap
aspek dalam kehidupan manusia mempengaruhi dan dipengaruhi olehpersekitaran di
mana manusia itu berada. Persekitaran merujuk kepada semua yangberada di luar
sistem organisma. Ekologi manusia menganggap manusia sebagaiorganisma biologikal
dan sosial yang berinteraksi dan bertransaksi denganpersekitarannya. Anda akan
diperkenalkan dengan dua model ekologi manusia iaituEkologi Pembangunan Manusia
oleh Urie Bronfenbrenner (1979) dan Teori EkologiManusia oleh Margaret Bubolz
dan Susan Sontag (1993). Kedua-dua model inimempunyai ciri tersendiri dan
menerangkan konsep asas pendekatan ekologikal iaituorganisma, persekitaran dan
salingtindak antara keduanya.
Topik-topik yang akan
dibincangkan mengenai pembangunan manusia dalamkonteks ekologikal adalah:
1.1 Latarbelakang
pendekatan ekologikal1.2 Konsep asas ekologikal1.3 Persekitaran1.4 Kepentingan
perspektif ekologi dalam memahami pembangunan manusia1.5 Kesimpulan
Objektif Unit
Selepas mempelajari unit
ini pelajar akan dapat: a. Memahami pendekatan ekologi manusia dalam
mengkaji pembangunaninsanb. Menyenarai dan menerangkan konsep utama ekologi
manusiac. Menerangkan kelebihan penggunaan perspektif ekologi manusia
dalammengkaji pembangunan insan.
Bacaan
Bronfenbrenner, U.
(1979). The ecology of human development: Experiments by natureand design.
Cambridge, MA: Harvard University Press. Bristor, M. W. (1995).
Individuals & family systems in their environment. 2
nd
. Ed. IO:Kendal/Hunt
Pub. Co.
2.1 Latarbelakang
pendekatan ekologikal
Bidang Ekologi
Manusia melihat individu sebagai insan yang berinteraksi dan bertransaksidengan
persekitarannya. Dari aspek sejarah, pemikiran ekologikal telah dapat
dikesandalam kerja-kerja awal Aristotle dan Plato mengenai pertumbuhan penduduk
dankestabilan persekitaran. Perkataan
ecology
telah diketengahkan oleh
Ernest Haeckel,seorang ahli zoologi berbangsa German pada tahun 1869. Haeckel
berpendapat bahawaindividu terbentuk hasil kerjasama antara persekitaran dan
herediti organisma. Beliaumencadangkan satu cabang sains diwujudkan untuk
mengkaji organisma dalampersekitaran.Seorang ahli kimia, Ellen Swallow Richards
mencadangkan satu bidang sains yangmenganalisis persekitaran rumah dan keluarga
diwujudkan. Kajian Ellen mengenaiedaran udara, kualiti air, sanitasi, pemakanan
dan makanan mendorong beliau
PEMBANGUNAN MANUSIA
merumuskan bahawa wujud
hubungan rapat antara tingkahlaku dengan kesihatanmanusia serta kualiti
persekitaran mereka. Ellen berpendapat bahawa persekitaranmenjalani
transformasi akibat teknologi, tetapi beliau percaya manusia tetap
perlumengekalkan kawalan terhadap hidup dan persekitaran
masing-masing.Pendekatan ekologikal adalah unik kerana terdapat konsep asasnya
yang juga wujuddalam pelbagai disiplin sains sosial, sastera dan kemanusiaan
serta beberapa bidangsains gunaan yang lain. Perspektif ekologi yang memfokus
kepada individu dan keluargaadalah berasaskan fenomena holistic (menyeluruh),
multi-disiplin dan sistemik sertamengenengahkan salingtindak antara fenomena
tersebut. Berlatarbelakangkan bidang ekonomi rumahtangga yang mendokong
falsafah dan konsepyang sama, Beatrice Paolucci dari Michigan State Universiti
mencadangkan konsepbahawa keluarga sebagai sistem sokongan hidup yang
bergantung kepada persekitaransemulajadi untuk pengekalan fizikal dan
persekitaran sosial untuk nilai kemanusiaan dankualiti serta makna kehidupan.
Usaha Paolucci diteruskan oleh Margaret Buboltz danSusan Sontag dari universiti
yang sama. Urie Bronfenbrenner dari Cornell Universitymemberikan penekanan
kepada aspek kontekstual dalam melihat pembangunanmanusia. Pada awalnya
Bronfenbrenner memperkenalkan 4 jenis sistem persekitaraniaitu sistem mikro,
meso, ekso dan makro yang juga akan diterangkan dalam unit ini.
2.2 Konsep asas ekologikal
Teori
Ekologi Manusia menggunapakai konsep-konsep asas daripada 3 komponen
besarkonsep dalam teori Sistem Umum, Ekologi Manusia dan Ekologi Keluarga.
Jadual 1 akanmenerangkan tentang konsep-konsep tersebut:Konsep Sistem Umum
Konsep Ekologi Manusia Konsep Ekologi
KeluargaSistemElemen/ObjekCiriPerhubunganPersekitaranMaklumat/informasi TenagaBahanRuangMasaHomeostasisMaklumbalasSempadanEkosistem
manusiaOrganisma/individuPersekitaranInteraksiPolaSalingbergantunganPersepsiOrganisasiKepelbagaianAdaptasi TeknologiKefungsianHolismLimitasiNicheEkosistem
keluargaKeluargaSumberKeperluanNilaiMatlamatPengadilanPembuatan
keputusanKomunikasiPembangunan manusiaPersonalitiKesejahteraanKualiti kehidupan
manusia Jadual 1: Konsep Sistem Umum, Ekologi Manusia dan Ekologi Keluarga#
Sila baca "Individual & family systems in their environment" oleh
Bristor, M. W. Bab 3mukasurat 37 hingga 54 untuk membantu anda memahami topik
ini dengan lebih jelas.
2.3 Persekitaran
Persekitaran terdiri
daripada keseluruhan aspek fizikal, biologikal, sosial, ekonomi,
politik,estetik dan struktur yang terdapat di sekeliling manusia. Persekitaran
merupakan kontekstingkahlaku dan perkembangan manusia. Persekitaran boleh
diklasifikasikan menurutsumber yang ada di dalamnya. Ini termasuk persekitaran semulajadi
atau bio-fizikal.
PEMBANGUNAN MANUSIA
5.7 Anjakan Paradigma
Anjakan paradigma
merujuk kepada penyusunan semula nilai asas bagaimana manusiamelihat dunia
paradigma sosial terdiri dari kumpulan nilai, kepercayaan dan pengalamanyang
dikongsi oleh majoriti anggota masyarakat. Peredaran masa boleh
menyumbangkepada perubahan dalam paradigma sosial. Anjakan paradigma ini
lazimnya berlakuberansur-ansur dan bukan secara mendadak. Jadual 3 menunjukkan
anjakan nilaidaripada tradisi kepada baru:)
Etika tidak menghargai
diri Etika pencapaian diri Tahap hidup yang lebih tinggi Kualiti kehidupan
yang lebih baikPeranan seksual yang tradisional Peranan seksual yang
kaburDefinisi kejayaan yang diterima Definisi kejayaan yang tersendiriKehidupan
keluarga yangtradisionalKeluarga alternatif Keyakinan dalam
industri,institusi Yakin pada diri sendiriHidup untuk bekerja Bekerja
untuk hidupMengagungkan hero Suka akan Patrionism Kurang nationalistic Perturnbuhan yang tidak selariLebih kesedaran
tentang hadPerturnbuhan
industrialPerkernbanganmaklumat/perkhidmatanPenerimaan teknologi Orientasi
teknologi' Jadual 3: Anjakan Nilai Lama kepada Baru
Aktiviti
Bincangkan
bagaimana anjakan pradigma yang jelas berlaku di kalangan masyarakatMalaysia
masa kini. Sila beri contoh yang sesuai.
5.8 Nilai Sejagat
Terdapat kajian
yang mengenalpasti nilai yang dikongsi sejagat tanpa mengira sempadanbangsa dan
tradisi budaya. Di antara nilai tersebut ialah:
Cinta (kasih sayang):
Asas tingkahlaku moral
ialah keharmonian, kasihsayang dansaling tolong-menolong. Ihsan merupakan
konsep yang paling tepat untuk menerangkannilai ini. Dengan kasihsayang dan
ihsan manusia boleh saling menolong pada tahappersonal.
Kebenaran:
Nilai yang berkait
dengan kebenaran termasuklah kejujuran, menunaikan janji, bercakap benar,
dan yakin. Keyakinan perlu bagi membolehkan kebenarandisahihkan.
Keadilan
: Nilai adil merujuk
kepada cara melayan orang lain sebagaimana kita mahudiperlakukan. Nilai adil
juga dikaitkari dengan kesaksamaan sesama manusia.
28
PEMBANGUNAN MANUSIA
Kebebasan:
Keperluan untuk
mempunyai kebebasan bersuara dan bertingkahlaku tanpaperlu merujuk kepada orang
lain hadir dalam kebanyakan diri manusia. Kebebasanmemerlukan rasa
tanggungjawab,dan etika.
Perpaduan:
Nilai perpaduan
menyatukan peranan individu dalam masyarakat. Istilahyang berkaitan dengan
perpaduan termasuklah harmoni, kerjasama, masyarakat, dansemangat berkumpulan.
Berkongsi, sumber alam adalah mesej perpaduan bagi semuamanusia.
Toleransi:
Berkongsi persekitaran
memerlukan individu mempunyai nilai toleransi yangtinggi. Toleransi merangkumi
rasa hormat terhadap hak orang lain untuk mempunyai idedan komitmen untuk
mendengar pelbagai pandangan dan menghargai kepentinganpandangan tersebut.
Nilai ini berkait pula dengan nilai menghargai kepelbagaian yangmenjadi satu
keperluan bagi penerusan hidup.
Tanggungjawab:
Nilai tanggungjawab
ialah sebahagian dari nilai kebebasan. Tanggungjawab adalah penting dalam
mempastikan hak dilindungi. Konsep ini amatpenting bagi mengelakkan
penyalahgunaan kuasa dilakukan.
Menghargai kehidupan:
Keamanan hidup hanya
akan dapat dicapai apabila manusiamenghargai kehidupan. Saling berbunuhan
adalah dilarang manusia digalakkan mencari jalan damai dalam menyelesaikan
konflik.
Lain-lain nilai sejagat:
Kegigihan,
kebijaksanaan, keramahan, kestabilan, dan hakuntuk mempunyai persekitaran yang
sihat adalah antara nilai sejagat yang biasadiketengahkan.
5.9 Kesimpulan
Nilai wujud dalam semua
aspek kehidupan. Nilai mempengaruhi tingkahlaku danproses membuat yang akhirnya
memberi kesan ke atas perkembangan individudan keluarga.
Cabaran kehidupan yang
pelbagai menjadikan nilai sebagai perkara penting dalamhidup. Tekanan ekonomi,
perubahan demografi, amalan pendidikan, era teknologimaklumat dan sebagainya
memerlukan manusia meniliti nilai sejagat yang ada didunia ini.
Setiap manusia
bertanggungjawab mengkaji diri, meneliti apa makna kehidupandan apa tujuan
hidup dalam meneruskan kehidupan yang lebih bermakna.
Latihan
1. Sila senaraikan 10 nilai yang anda rasa
penting ada bagi seorang individu dewasamengikut hirarki kepentingannya.
2. Jelaskan bagaimana anjakan paradigma
mempengaruhi kehidupan seseorang pelajaruniversiti. Beri contoh yang sesuai.
PEMBANGUNAN
MANUSIA
Unit 6
EKOSISTEM INDIVIDU
Pengenalan
Anda telah mempelajari konsep-konsep
asas dalam pendekatan Ekologi Manusia. Kinianda meneliti pula unsur paling asas
dalam perkembangan manusia iaitu individu itusendiri. Unit ini akan
memperkenalkan tentang bagaimana individu berfungsi sebagaisebahagian dari
sistem ekologi manusia. Pemahaman tentang individu sertapersekitarannya dapat
membantu memahami bagaimana individu berfungsi atausebaliknya. fTiga aspek yang
diberi penekanan dalam memahami sistem individu ialahpersekitaran fizikal,
personaliti dan komunikasi interpersonal. Ketiga-tiga aspek iniberinteraksi
dengan persekitaran keluarga bagi menghasilkan persekitaran yang sihatdan
produktif ataupun sebaliknya. lndividu yang mempunyai pandangan
positif,mendapat pemakanan sempurna, dan sihat fizikalnya akan berfungsi dengan
berkesan,mampu menggunakan sumber sebaik mungkin,dan boleh adaptasi kepada
perubahan,tekanan dan transisi. Individu yang sedemikian menjadi ahli keluarga,
ahli masyarakatdan warganegara, yang lebih efektif.
Topik-topik yang akan
dibincangkan mengenai individu dan keluarga adalah:
6.1 Sistem Fizikal
Individu
Penelitian tentang
sistern individu dan interaksinya dalam keluarga dapat membantupemahaman yang
tinggi tentang sistem keluarga. Aspek pertama dalam sistem individuyang akan
anda teliti di sini ialah sistem fizikal individu berkenaan. Terdapat 3
elemen asas yang menjadi input dalam sistem fizikal individu iaitu:a. Oksigenb.
Nutrienc. AirKetiga-tiga elemen ini penting untuk penerusan dan kefungsian
hidup individu. Elementersebut berasal dari persekitaran semulajadi. Oksigen
merupakan keperluan utama
PEMBANGUNAN MANUSIA
sistem fizikal individu
di mana tubuh badan tidak dapat berfungsi walaupun seminit tanpaoksigen. Air
merupakan kornpaun yang penting dan paling banyak terdapat dalam tubuhindividu.
la merupakan 50 hingga 6O peratus daripada jumlah berat badan. Manusiabiasanya
boleh hidup tanpa air untuk beberapa hari, tetapi individu yang sangat mudaatau
sangat tua tidak dapat bertahan melebihi satu hari tanpa air.Elemen
keperluanfizikal yang ketiga bagi individu ialah nutrien iaitu makanan, vitamin
dan mineral.Keperluan pemakanan yang asas bagi individu ialah karbohidrat,
lemak, dan protein.Walaupun ketiga-tiga elemen ini terhasil dari persekitaran
semulajadi, persekitaranbinaan manusia dan sosio-budaya turut memberi pengaruh
ke atas kesediaadaan, kualitidan penggunaannya. Sebagai contoh, pencemaran
akibat perbuatan manusia dalampersekitaran binaan dan sosio-budaya boleh
mempengaruhi kualiti udara, air danmakanan.
6.2 Sistem Internal
Individu
Persekitaran dalaman
individu yang akan dibincangkan dalam kursus ini terdiri daripadakonsep kendiri
dan personaliti. Pembentukan konsep kendiri berlaku di sepanjang prosessosialisasi
individu. Konsep kendiri ialah persepsi individu terhadap diri dan
merangkumisernua pemikiran dan perasaan individu terhadap diri sendiri. Sub
kepada konsep kendiriialah estim-diri yang merupakan aspek perasaan mengenai
nilai dan harga diri. Secaraekologikal, individu boleh mempunyai pelbagai
persepsi tentang diri dan keupayaan yangmana secara langsung mempengaruhi
tingkahlaku dan personalitinya. Individu yangmempunyai konsep kendiri yang
positif lazimnya dapat menjalankan fungsi hidup denganberkesan,Personaliti
individu terdiri daripada gabungan pelbagai ciri yang berkembang selepaslahir
dan seterusnya terbentuk sepanjang hidup. Semasa bayi, ciri personaliti
dipercayaiterbentuk berasaskan naluri dan emosi seperti lapar, dahaga, takut
dan seronok.Sepanjang peringkat dewasa personaliti terus terbentuk melalui
pengalaman daninteraksi dengan persekitaran sosio-budaya. Jenis personaliti
adalah sebahagian daripadapunca yang menjadikan individu berlainan di antara
satu sama lain. Caragaya individuberinteraksi dengan keluarga, rakan dan orang
di sekelilingnya banyak dipengaruhikecenderungan personalitinya. Menurut teori
Jungian, setiap individu mempunyai empatpasang kecenderungan personaliti
alternatif. Seseorang berkemungkinan mempunyaikecenderungan personaliti
berikut:
Kecenderungan
personaliti ini menggambarkan gabungan pengaruh genetik danpengalaman awal
kehidupan. Kecenderungan dalam konteks ini bermakna penampilansesuatu
personaliti lebih terserlah berbanding dengan yang lain. Ini bermakna,
personalitilain juga wujud dalam individu tetapi kurang menonjol. Jadual
berikut menunjukkan ciripersonaliti ekstrovert dan introvert.
Bercakap dahulu,
berfikir kemudian Berfikir dahulu sebelum bercakapKenal ramai orang dan
menganggap ramaiorang sebagai kawan rapat Tidak mempunyai ramai kawan
rapatGemar akan kepelbagaian dan aksi. Bolehberbual atau membaca walaupun
tvterpasang. Tidak menghiraukan bunyibising dan ganguan.Gemarkan suasana sunyi
dan aman. Bolehmemberi tumpuan yang sangat tinggi dalamsuasana damai.Mendominasi
perbualan Dianggap sebagai pendengar yang baik.Selalu
PEMBANGUNAN MANUSIA
Merasa seperti
teraniaya.Mudah didekati dan digemari rakan danorang yang tidak
dikenaliKelihatan pendiam, tidak peramah.Suka menghadiri majlis dan berbualSuka
berkongsi majlis istimewa dengandengan ramai orang beberapa orang
tertentusahajaLebih suka mengahasilkan ide dalamkumpulan. Menggalakkan orang
lainmeluahkan ideBerfikir tentang ide, melakukan refieksi idedan mengharapkan
ide tersebut bolehdiluahkan dengan tegasMendengar adalah lebih rumit
berbandingdengan bercakap. Suka menjadi perhatianorang lainSuka menyatakan ide
tanpa diganggu olehsesiapaBanyak bercakap Banyak berfikirPerlu diperakukan oleh
rakan dan gemarmaklumbalas orang lain tentangpencapaian yang diperolehiLebih gemar
menyendiriSuka berbual panjang pada bila-bila masaSering merasa syak wasangka
terutama jikaorang lain sering memuji atau mengulang apayang telah
dinyatakan. Jadual 4: Ciri Personaliti Ekstrovert dan Introvert Jelas
dapat dilihat perbezaan kedua-dua jenis personaliti ini. Tetapi perlu diingat
bahawalindividu mungkin mempunyai kedua-dua ciri personaliti ini tetapi hanya
satu yang akanmenonjol. Jadual berikut pula menunjukkan ciri-ciri yang lazimnya
ada pada individu yangmempunyai personaliti peka dan Lebih gemarkan jawapan
yang tepatbagi setiap soalan khusus. Perincianadalah sangat pentingCenderung
memikirkan pelbagai perkaradalam satu masa; sering dituduh pelupaMemberi
tumpuan ke atas setiapperbuatan.Tidak memikirkan apa akanberlaku. Lebih gemar
melakukansesuatu berbanding memikirkan tentangsesuatuMendapati masa depan dan
segalakemungkinannya menarik; gembiratentang tempat yang akan
ditujuinyaMendapatkan kerja sesuai yangmemberikan hasil yang mudah
tampak. Tidak gemar membersihkan sesuatu.Percaya bahawa perincian
adalahmembosankan dan mengulangPercaya bahawa apabila sesuatu tidakrosak, maka
tidak perlumembetulkannya. Tidak faham dengansikap yang sentiasa ingin
memperbaikisegala sesuatuSuka memikirkan bagaimana sesuatuperkara boleh berlaku
atau terjadiGemar mendengar sesuatu yang teraturmengikut giliran dan bukan
rambang.Lebih mudah bekerja dengan bukti yangkonkrit berbanding dengan ide dan
teoriMencari hubungan dan salingkalt perkara-perkara yang berlaku dan
tidakmenerimanya begitu sahaja Tidak gemar berkhayalMenggunakan masa untuk
berfikir secarareflektif, membayangkan dan melihathubungan dan salinghubungan
perkarayang berlaku serta mencari maknanya.Membaca bermula dari muka pertama
Boleh membaca mana-mana halaman
Mambangun Manusia |